RIGHT CLICK

Thursday, October 8, 2015

#makan-makan

Assalamualaikum..

Tadi lunch tak tau nak makan apa. Makanan yang sama je hari2. Nasi lauk ikan keli, ayam goreng, mee kari, mee sup,  nasi ayam, nasi tomato dan lain2 lauk lah. So, hari ini kembar aku ajak lunch kat Apple Bee'z Restaurant. Sesekali makan western kan, bukan hari2. Kalau hari2 kopak lah weii... Aku dah pernah makan kat sini 2 kali masa sambut birthday ofismate. Restoran ini dekat dengan ofis, jalan kaki dah sampai. So, kira jimat duit minyak disitu. Ehh?.. 

Makanan pun sedap juga. Keadaan restoran aman je. Lupa pula nak tangkap pic restoran. Pihak restoran decorate tema Halloween, hari Halloween dah sampai ke? Tak tau la pula kan. 

Layanan dari pekerja kat situ pun ok. Contoh tadi aku tak boleh nak tuang sos since sos tu belum pernah digunakan, susah sikit nak keluar dari botol. Then, pekerja kat situ tolong tuangkan. So, nampak kat situ attitude pekerja pentingkan pelanggan mereka. Good!


Korang da makan ke semua? Aku nak share sikit makanan tengahari tadi. Tapi dalam gambar jela.. Kami berempat je, itu pun aku sorang2 sesat join ofismate kembar aku. 


Sebelum makan sempat snap pic..NGEEEEE... 


Kitorang order makanan lain-lain, so boleh tukar-tukar rasa kan.. Aku order BBQ Chicken, yang lain makan spaghetti bolognese, spaghetti Vongole, dan juga Chicken chop. Ambil lunch set sebab jimat sikit. Siap dapat dessert aiskrim lagi. Lunch time 12.30 sampai 1.30, tak sempatlah nak borak panjang2. Itu pun dah terlajak 1.30. Makan pun kena cepat2. Nasib lahai...



So, baca yang kat gambar bawah ni. Jika kita share gambar kita kat FB diorang, kita akan dapat diskaun 5%. Aku tak ada data internet masa tu tak dan lah nak share gambar. 





Terima kasih sudi singgah dan baca entri ini. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...