RIGHT CLICK

Wednesday, June 8, 2016

1st post in 2016

Assalamualaikum..

Setelah beberapa bulan tak menulis blog, kembali kejap untuk menulis. 
08.10.2016 to 08.06.2016 
8 bulan kan tu.. fuhh...
Lama juga tu tak menulis, apakan daya tiada mood untuk menulis.

Hari ini hari ke-3 kita berpuasa. Alhamdulillah, masih belum ter'Raya' dulu.. 
Biasalah kita ni kaum wanita kan ada cuti khas. Faham-faham je lah. hehe.. 

Bila puasa ni, hari-hari nak kena fikir nak buka apa ya.. Alahai, tu pun boleh jadi masalah la..
Mulalah nak makan macam-macam kan? haha..
Dugaan nafsu ni.. Sabar ye..
Tak nak letak gambar makanan nanti terliur..hehe
Last sekali, harap tak terlambat ye.
Aku ucapkan Selamat Berpuasa semua..


Terima kasih sudi singgah dan baca entri ini. :)

Thursday, October 8, 2015

#makan-makan

Assalamualaikum..

Tadi lunch tak tau nak makan apa. Makanan yang sama je hari2. Nasi lauk ikan keli, ayam goreng, mee kari, mee sup,  nasi ayam, nasi tomato dan lain2 lauk lah. So, hari ini kembar aku ajak lunch kat Apple Bee'z Restaurant. Sesekali makan western kan, bukan hari2. Kalau hari2 kopak lah weii... Aku dah pernah makan kat sini 2 kali masa sambut birthday ofismate. Restoran ini dekat dengan ofis, jalan kaki dah sampai. So, kira jimat duit minyak disitu. Ehh?.. 

Makanan pun sedap juga. Keadaan restoran aman je. Lupa pula nak tangkap pic restoran. Pihak restoran decorate tema Halloween, hari Halloween dah sampai ke? Tak tau la pula kan. 

Layanan dari pekerja kat situ pun ok. Contoh tadi aku tak boleh nak tuang sos since sos tu belum pernah digunakan, susah sikit nak keluar dari botol. Then, pekerja kat situ tolong tuangkan. So, nampak kat situ attitude pekerja pentingkan pelanggan mereka. Good!


Korang da makan ke semua? Aku nak share sikit makanan tengahari tadi. Tapi dalam gambar jela.. Kami berempat je, itu pun aku sorang2 sesat join ofismate kembar aku. 


Sebelum makan sempat snap pic..NGEEEEE... 


Kitorang order makanan lain-lain, so boleh tukar-tukar rasa kan.. Aku order BBQ Chicken, yang lain makan spaghetti bolognese, spaghetti Vongole, dan juga Chicken chop. Ambil lunch set sebab jimat sikit. Siap dapat dessert aiskrim lagi. Lunch time 12.30 sampai 1.30, tak sempatlah nak borak panjang2. Itu pun dah terlajak 1.30. Makan pun kena cepat2. Nasib lahai...



So, baca yang kat gambar bawah ni. Jika kita share gambar kita kat FB diorang, kita akan dapat diskaun 5%. Aku tak ada data internet masa tu tak dan lah nak share gambar. 





Terima kasih sudi singgah dan baca entri ini. :)

Tuesday, October 6, 2015

Dot Com Vs Dot My

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog. Ayat biasa ditulis. Tak ada idea nak post, tak ada masa nak review blog lain.

Maaf! 

Disebabkan dah lama tak update blog sampai aku sendiri pun tak perasan yang url blogspot dah bertukar dari BLOGSPOT.COM ke BLOGSPOT.MY

Siapa perasaan angkat tangan ke aku sorang je yang perasan. Ok Bye! Hehe..

Terima kasih sudi singgah dan baca entri ini. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...